PENDAHULUAN
Abu Bakar Muhammad Ibn Yahya al-Saigh
al-Tujibi al-Andalusi al-Samqusti atau dikenali sebagai Ibn Bajjah
.Beliau berasal dari keluarga al-Tujib yang bekerja sebagai pedagang
emas.Tetapi di Barat ia di kenali sebagai dengan nama Avempace .Beliau
dilahirkan di Saragossa pada tahun 1082 M . Ibnu
Bajjah merupakan seorang sasterawan dan
ahli bahasa yang unggul. Dalam hal ini, beliau pernah menjadi penyair bagi golongan al-Murabbitin
yang dipimpin oleh Abu Bakr Ibrahim Ibn
Tafalwit. Selain itu, Ibn Bajjah juga merupakan
seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal. Sungguhpun begitu beliau juga seorang yang hafiz
al-Quran. Dalam masa yang sama, Ibn Bajjah amat terkenal dalam bidang perubatan dan merupakan salah seorang doktor
teragung yang pernah dilahirkan di
Andalusia.
Ibn
bajjah merupakan merupakan di antara cendiakawan yang dapat menguasai berbagai
ilmu yang dipelajarinya.di antaranya ialah :
1.
Ahli
hafiz Al-Quran
2. Bidang
kedoktoran
3. Seorang
ahli muzik dan pemain gambus yang handal
4. Menguasai
ilmu matematik, fizik dan , falak
5. Bidang
falsafah
BIOGRAFI SINGKAT IBNU BAJJAH
Selain di dalam bidang ilmu dan falsafah yang diceburi
oleh Ibn Bajjah, beliau juga turut melibatkan diri di dalam bidang politik .Ia
bermula di tempat lahirnya sendiri di
Saragoassa apabila dia mula bergiat sebagsai penyair bagi pihak
al-Murabithun yang dipimpin oleh Abu Bkr Ibn Tafalwit. Kemudian apabila Abu Bakar
berkuasa di situ ,Ibn Bajjah dilantik sebagai menteri .
Pada tahun 1118 M,( 512 H )
Saragossa dapat ditakluk oleh raja Alfonso yang berasal dari Aragon ,maka Ibnu
Bajjah pun berpindah ke Seville .Di dalam perjalanannya ke Seville dia singgah
di Valencia . Di Seville Ibnu Bajjah menjalankan tugas sebagai seorang doktor
dan banyak menulis tentang ilmu logic.
Kemudian Ibnu Bajjah
berpindah ke Granada ,dan dari sana beliau berpindah ke Afrika Utara ,iaitu
pusat Dinasti Murabithun .Tetapi oleh kerana cara pemikiran falsafahnya asing
di kalangan masyarakat di situ ,beliau ditangkap apabila tiba di kota Syatibah yaitu
di Maghribi oleh Amir Abu Ishak Ibrahim Ibn Yusuf Ibn Tasifin yang menuduhnya
sebagai murtad dan pembawa bid’ah .Oleh kerana Ibnu Rusyd pernah menjadi
muridnya Ibnu Bajjah dilepaskan.
Ekoran dari kejadian
tersebut ,ia meneruskan perjalanannya ke Fez di Morocco. Di sana ,beliau
mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan orang al-Murabithun dan diangkat
menjadi menteri oleh Abu Bakar Yahya Ibn Yusuf Ibn Tasifin untuk jangka waktu
yang panjang.
Kedudukan yang beliau
perolehi , telah menimbulkan rasa dengki dan iri hati dari berbagai pihak
.Akhirnya pada bulan Ramadhan pada tahun 1138 M( 533 H) . Menurut satu
riwayat beliau meninggal dunia
akibat diracuni oleh seorang doktor ,
yang bernama Abu al-‘ala Ibn Zuhri yang iri hati terhadap kecerdasan dan
penguasaan ilmu yang terdapat pada Ibn Bajjah .Beliau dimakamkan di samping
makam Ibn ‘Arabi di Fez. Beliau mempunyai dua orang pengikut yang kebanyakan
maklumat mengenai latar belakang kehidupannya banyak diperolehi daripada kedua
orang ini. Dua orang pengikutnya ialah :
- Abu Hasan Ali Bin Abdul Aziz bin al-Iman
- Ibnu Tufail
KARYA-KARYA IBNU BAJJAH
Ibnu Bajjah banyak mengahasilkan karya di
dalam bebagai bidang .Karya-karya yang dihasilkan lebih kurang 31 karya .Karya
asal Ibn Bajjah ditulis di dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa
Hebrew dan Bahasa Latin. Manuskrip –manuskrip asal dan terjemahannya ada
tersimpan di dalam perpustakaan Bodlein MS.Pococke 206 ,Perpustakaan Berlin
MS.5060 dan di perpustakaan Escurial ( Sepanyol )MS.612 .
Di antara karya-karyanya yang terpenting
ialah :
·
Risalah al-wida’
Ia mengandungi tentang
ketuhanan ,kewujudan manusia ,alam ,serta huraian mengenai kedoktoran dan perobatan
.Buku ini terletak di perpustakaan Bodlein.
·
Risalah Tadbir al-Mutawahhid
Ia mengandungi tentang pandangan beliau dalam
bidang politik dan falsafah.Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam
masyarakat yang disebut Mutawahhid .Kandungan buku ini seperti buku
al-Madinah al-Fadhilah ,karangan al-Farabi .Risalah Tadbir al-Mutawahhid ini
diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol setelah wafatnya Ibn Bajjah.
·
Risalah al-Ittisal al-‘Aql Bi al-Insan
Ia mengandungi tentang perhubungan akal dengan
manusia serta huraian mengenainya.
·
Kitab an-Nafs
Ia mengandungi yang berkaitan tentang persoalan yang
berkaitan tentang jiwa manusia dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang
tertinggi dari kewujudan manusia (kebahagiaaan ) .Persoalan ini banyak dipengaruhi
oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani ,oleh sebab itulah Ibn Bajajh banyak
membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle ,Galenos ,al-Farabi
,dan al-Razi.
·
Komentar tentang ilmu Logik al-Farabi
Sampai
sekarang masih ia tersimpan di perpustakaan Escurial (Spanyol )
- Beberapa ulasan terhadap buku falsafah hasil karya
Aristotle ,al-Farabi ,Porphyrius dan sebagainya .
Menurut
Carra dew Vaux ,di perpustakaan Berlin terdapat 24 risalah manuskrip karangan
Ibn Bajjah .Di antaranya ialah Tardiyyah( syair-syair )
- Risalah al-Akhlaq
- Kitab al-Nabat
- Risalah al-Ghayah al-Insaniyyah
SUMBANGAN
PADA DUNIA ISLAM
Sesungguhnya Ibn Bajjah merupakan tokoh
ilmuwan yang hebat ,sesuai denagn kedudukan dan penghormatan yang telah
diberikan kepada beliau sepanjang kehidupannaya serta tokoh falsafah Islam yang
pertama di Andalusia .Menurut Ibnu Khaldun ,kedudukan Ibnu Bajjah adalah
setaraf dengan Ibn Rusyd (Averroes ) ,Ibnu Sina (Avincenna) dan
al-Farabi .
Masih banyak lagi pemikiran
falsafah Ibnu Bajjah yang tidak diketahui kerana sebahagian besar karya
tulisannya telah musnah .Bahan yang tinggal dan sampai kepada kita hanya
merupakan sisa-sisa dokumen yang berselerakan di beberapa perpustakaan di Eropa
,
Sesetengah pandangan
falsafahnya jelas mendahului zamannya .sebagai contoh ,beliau telah lama
menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial ,sebelum para sarjana barat
berbuat demikian .Begitu juga konsep madani telah dibicarakan dalam tulisannya
secara tak langsung .
Biarpun
umur Ibnu Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan pemikirannya telah
meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi
Andalusia .
RINGKASAN (Pendapat Penulis)
Sebenarnya,
banyak perkara di dunia ini yang tidak dapat dihuraikan menggunakan logik.
Jadi, Ibnu Bajjah belajar ilmu-ilmu lain untuk membantunya memahaminya hal-hal
berkaitan dengan metafizik. Ilmu sains dan fizik misalnya digunakan oleh Ibn
Bajjah untuk menghuraikan persoalan benda dan rupa. Menurut Ibn Bajjah, benda tidak
mungkin wujud tanpa rupa tetapi rupa tanpa benda mungkin wujud. Oleh sebab itu,
kita boleh menggambarkan sesuatu dalam bentuk dan rupa yang berbeda-beda. Kemahiran
Ibn Bajjah dalam bidang matematik dan fizik sememangnya diperakui tetapi beliau
tidak coba menyelesaikan permasalahan yang
timbul. Sebaliknya ilmu itu
digunakan untuk menguatkan hujah dan pandangannya mengenai falsafah serta
persoalan metafizik. Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak
diketahui kerana sebahagian besar karya tulisannya telah musnah. Bahan yang tinggal
dan sampai kepada kita hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang berselerakan di
beberapa perpustakaan di Eropa. Sesetengah pandangan falsafahnya jelas
mendahului zamannya. Sebagai contoh, beliau telah lama menggunakan ungkapan
manusia sebagai makhluk sosial, sebelum para sarjana Barat berbuat demikian. Begitu
juga konsep masyarakat madani telah dibicarakan dalam tulisannya secara tidak
langsung.
PENUTUPAN
KESIMPULAN
Sesungguhnya Ibnu Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang
hebat.
Sesuai
dengan itu beliau telah diberikan kedudukan dan penghormatan
yang
tinggi oleh orang Murabbitin.
Tetapi perasaan dengki dan cemburu telah menyebabkan
beliau
diracuni
dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 1138 (M) dalam usia
yang
masih muda. Biarpun umur Ibn Bajjah
tidak panjang tetapi
sumbangan
dan pemikirannya telah meletakkan tapak yang kukuh
kepada
perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia.
SARAN
Sebagai
seorang generasi muslim yang mengerti tentang sejarah tokoh-tokoh islam waktu
masa kejayaan muslim dahulu. Kita harus senantiasa belajar dan meningkatkan
kualitas ilmu kita. Ilmu spiritiual
maupun ilmu duniawi kita. Agar kita bisa merebut lagi masa kejayaan islam yang
sangat kuat dahulu.